KERJAYA MENITI JAYA : JAYA

 KERJAYA


Dalam era yang begitu moden kini, mengejar kejayaan individu yang juga akan menyumbang kepada kemajuan negara begitu penting untuk setiap rakyat masyarakat. Namun begitu, bidang yang begitu banyak seringkali menyukarkan seseorang untuk menentu hala tuju hidup mereka terutamanya para remaja yang telah habis sekolah. Ini merupakan antara kerjaya yang boleh kita ceburi


                                                             1. Farmasi




Seiring dengan kemajuan teknologi perubatan dan industri di negara ini, bidang farmasi telah menjadi antara bidang yang telah berjaya membuka ruang pekerjaan yang luas. Kerja ahli farmasi bukan sahaja di kaunter farmasi tetapi mereka memainkan peranan yang penting dalam membantu doktor di hospital atau menasihat pesakit dalam memilih ubat-ubatan. Antara perkara yang perlu kita ketahui dalam bidang ini ialah kita mestilah faham maklumat dan mengenalpasti ubat yang diberi oleh doktor.







 Seseorang itu juga perlu mahir dalam kemahiran pengkhidmatan pelanggan contohnya senyum dan mesra dengan pelanggan. Jika sesuatu berlaku kepada pesakit, ahli farmasi akan dipertanggungjawabkan melainkan dia telah mengikuti beberapa garis panduan. Antaranya ialah pesakit yang betul, jenis ubat yang betul, masa dan dos yang betul dan cara pengambilan ubat yang betul. Antara syarat kemasukan  untuk menceburi bidang ini ialah lulus dalam bidang kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, Matematik , Sains dan Sains tambahan seperti Fizik, Biologi dan Kimia.



2. Perkhidmatan Kewangan



Perkhidmatan kewangan merupakan antara kerjaya yang  dipercayai tertua di dunia. Hal ini kerana semua syarikat iaitu dari sekecil kecil perniagaan kepada sebuah yang syarikat yang terkemuka memerlukan perkhidmatan kewangan yang bertauliah untuk menguruskan akaun syarikat, menasihat hal kewangan syarikat serta melaksanakan audit kewangan.

 




Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang yang mahu menjalankan perkhidmatan kewangan ini ialah mestilah mempunyai kebolehan dalam perhitungan  serta memiliki kebolehan dalam menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta mombor lalu membuat keputusan yang utuh berdasarkan pengetahuannya. Seseorang itu juga mestilah sentiasa sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama kerana semua orang mengharapkan mereka memiliki standard etika yang sangat tinggi. Terdapat beberapa tugasan yang ditugaskan kepada ahli perkhidmatan kewangan ini. Antaranya dari segi menguruskan aset seperti simpanan rumah, KWSP dan lain-lain, liabiliti seperti kad kredit dan kad debit serta pendapatan contohnya gaji bulanan dan sumber lain.



3. Kejuruteraan



Kejuruteraan merupakan salah satu bidang yang terbesar dalam profession pekerjaan di Malaysia. Terdapat berpuluh cabang kejuruteraan yang boleh diceburi mengikut spesifikasi yang berbeza.
Antara cabang yang boleh diceburi ialah:

-Kejuruteraan Mekanikal

Kejuruteraan mekanikal merupakan bidang yang menerapkan pembelajaran secara praktikal dan teori tentang daya,kuasa,mesin,bahan,tenaga dan sesuatu yang melibatkan banyak kerja-kerja praktikal yang mencabar dan memberi pengalaman terbaik.

-Kejuruteraan Awam

Skop kejuruteraan awam meliputi kerja-kerja merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan.


-Kejuruteraan Elektrik

Kejuruteraan elektrik merangkumi penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk, membangunkan dan menyelia pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, baik pulih peralatan, mesin dan sistem untuk penjanaan, pengagihan, penggunaan dan pengawalan kuasa elektrik.






Antara ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang untuk menceburi bidang ini ialah mempunyai kebolehan akademik yang cemerlang. Selain itu, antara perkara yang perlu ada dalam diri sesorang itu ialah cekap mengenalpasti dengan mudah. Hal ini kerana masalah yang hadir semasa menjalankan tugas ini datang dengan pelbagai aspek. Oleh itu sesorang itu mestilah berkemampuan untuk berfikir dalam istilah matematik dan abstrak atau mempunyai pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah.



4. PENERBANGAN




Industri penerbangan adalah satu industri yang unik dan berdaya maju untuk mendatangkan pulangan kepada negara. Ia juga suatu industri yang strategik dan sensitif kepada isu-isu keselamatan dan kesejahteraan, samada kepada penumpang, pengguna perkhidmatannya, mahupun keselamatan negara amnya.

Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak muda sama ada lelaki atau perempuan menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar seorang juruterbang. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru. 



Seperti bidang-bidang yang lain. kerjaya penerbangan ini juga terdapat beberapa syarat yang perlu kita kuasai. Antaranya ialah berumur 18 hingga 24 tahun. Selain itu, bidang ini tidak terhad hanya kepada lelaki sahaja. Seterusnya,  perlu mahir dalam beberapa matapelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Fizik. Kemudian, mempunyai rekod kesihatan yang baik. Seseorang itu sekurang-kurangnya 6/60 ketajaman penglihatan tanpa bantuan optik, dibetulkan 6/6 dan tidak buta warna. Akhir sekali, mempunyai ketinggian sekurang kurangnya 160 cm.



  
Kesimpulannya, setiap orang mempunyai pelbagai kelebihan yang berbeza dalam diri masing-masing. Oleh itu, kita perlulah berusaha bersungguh-sungguh mengikut kelebihan yang kita ada untuk mencapai cita-cita masing-masing. Seperti kata-kata Ahli Fizik terkenal iaitu Albert Einstein, "setiap insan adalah genius, tetapi jika kita berharap seekor ikan untuk memanjat pokok, ia akan mempercayai dirinya bodoh sehingga hujung hayat"




Comments

Post a Comment